Jumat, 05 April 2024

SIMONK FORENS DARI BANJARNEGARA RILIS “MENGHARAPMU”

 


SIMONK FORENS DARI BANJARNEGARA RILIS “MENGHARAPMU” 

Dulu simonk forens pernah di band namanya FORENS BAND pada tahun 2012 karena satu persatu personil forens ada yang  kerja, merantau dan ada yang nikah akhirnya Forens band bubar pada tahun 2015. 

Dan setelah forens band bubar saya selaku vokal trus berjuang sendiri membuat lagu dan rekaman sendiri di studio  musik  Gazza di Wonosobo dan dibantu mas Ais Gazza yg memudahkan untuk trus berkarya dan musik karyaku, ku nyanyikan sendiri dan aku beri nama SIMONK FORENS . 

DIDUKUNG RADIO WIDYASWARA STREAMING SURABAYA

https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara




Selasa, 19 Maret 2024

ART FAZIL RILIS DUA ALBUM “RAMADAN MOON” DAN “REMBULAN RAMADAN”

 


ART FAZIL RILIS DUA ALBUM “RAMADAN MOON” DAN “REMBULAN RAMADAN”

 

Artis: Art Fazil

Pemuzik: Art Fazil- Vokal, Gitar Akus$k,

Letrik dan Bass, Semua alat perkusi

Studio Rakaman: Studio 47, Singapura

Penerbit: Art Fazil dan Nizam Aziz

Rakam, Edit dan Mix: Nizam Aziz

(P) & (C) Nusantara World Music

Edaran Malaysia – Moro Records

Tarikh Pengeluaran: 8 Mac 2024 

Rembulan Ramadan dan Ramadan Moon adalah dua buah album muzik yang sama tetapi tidak serupa. Kedua-dua album ini mempunyai lapan buah lagu dan bertemakan bulan Ramadan. Perbezaan pada album-album ini cumalah dari segi bahasa. Rembulan Ramadan dirakam di dalam Bahasa Melayu manakala album Ramadan Moon adalah versi Bahasa Inggerisnya. Lagu-lagu di dalam album-album ini disusun untuk membawa pendengar melalui suatu perjalanan bulan Ramadan dengan lagu-lagu yang bersifatkan kerohanian. Diharapkan album ini akan menyemarakkan

lagi persada muzik spiritual, sebagai suatu juadah halwa telinga untuk meraikan bulan Ramadan sama ada di dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Album versi Bahasa Inggeris, Ramadan Moon diharap dapat meraikan Ramadan kali ini bersama mereka yang $dak berbahasa Melayu, terutamanya di kalangan mualaf yang baru mahu mengenali Ramadan dan juga anak-anak yang sedang mempelajari tentang Ramadhan. 

Kedua-dua album yang berkonsepkan Ramadhan dan perjalanan Ramadan ini diakhiri dengan sebuah lagu berkenaan 1 Syawal di penghujungnya bagi melengkapkan pengalaman Ramadan. Selain itu, istimewanya projek ini adalah ia merupakan album muzik pertama Art Fazil yang dihasilkan secara solo. Kali ini Art Fazil telah bereksperimentasi dengan memainkan setiap peralatan muzik untuk

setiap lagu di dalam album-album ini seorang diri. Dari gitar akustik ke gitar elektrik, gitar bass dan kesemua alatan gendang dimainkan oleh Art Fazil sendiri.

 

Tidak berhenti di situ, Art Fazil turut mencabar kebolehan dirinya dengan mempelajari dan menggunakan AI (Artificial Intelligence) untuk menghasilkan video-video muzik bagi lagu-lagu di dalam album-

album ini. Lagu-lagu Rembulan Ramadan dan Ramadan Moon boleh di dapat di pelbagai

applikasi muzik atas talian. Ikuti akaun media sosial Art Fazil - Instagram, TIKTOK,

[19.09, 11/3/2024] mas ari tidar managemen: FACEBOOK DAN YouTube untuk video-video

muzik AI bersiri yang akan dikeluarkan sejurus sebelum dan di sepanjang bulan Ramadan 1445. 

Berikut adalah senarai lagu yang terkandung di dalam album Ramadan Moon dan Rembulan Ramadan:

Album - Ramadan Moon Song titles:

1. Ramadan Moon Sigh$ng

2. The Sahur Call

3. Hunger And Thirst

4. Ibar Time

5. Tarawih (Beau$fy Your Ramadan Nights)

6. Tahajud (The Night Prayer)

7. Laylatul Qadar (The Night of Power)

8. The First Day of Syawal

 

Album: Rembulan Ramadan

Song titles:

1. Bulan Sabit Di Kaki Langit

2. Seruan Sahur

3. Lapar Dan Dahaga

4. Ibar (Waktu Berbuka)

5. Terawih (Indahkan Malam Ramadan)

6. Tahajud (Waktu Berbisik-bisik)

7. Malam Seribu Bulan

8. Pada Satu Syawal

 

Didukung radio Widyaswara streaming Surabaya

https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara




Senin, 18 Maret 2024

KHAI BAHAR RILIS LAGU “RABIATUL ADAWIYAH 2024”

 


KHAI BAHAR RILIS LAGU “RABIATUL ADAWIYAH 2024”

Selepas 23 tahun lagu berjudul Rabiatul Adawiyah dipopularkan oleh kumpulan Inteam, kini mereka memilih Khai Bahar untuk tampil bersama dalam pembikinan nyanyian semula lagu ini dengan judul Rabiatul Adawiyah 2024 (RA24)

"Kami pernah bekerjasama dengan Khai Bahar di dalam 'remake' lagu Setanggi Syurga sebelum ini pada tahun 2020, dan kami melihat kerjasama tersebut sangat serasi dan mendapat sambutan hangat dari peminat serta suara Khai juga sesuai dengan lagu-lagu Inteam" Ujar Syah Inteam apabila ditanya kenapa memilih Khai Bahar untuk berduet dalam lagu Rabiatul Adawiyah 2024.

Apabila ditanya kepada Khai Bahar pula, mengapa beliau bersetuju berkolaborasi dengan Inteam untuk lagu ini, beliau menjawab: “Saya memang meminati lagu-lagu Inteam dan pernah menyanyikan lagu-lagu mereka secara 'cover' di media sosial. Lebih istimewa lagi, lagu Rabiatul Adawiyah ini adalah di antara lagu yang sangat disukai oleh arwah Ibu saya, dan pastinya ia menggamit nostalgia yg indah". Untuk rekod, lagu Rabiatul Adawiyah pernah dimuatkan di dalam album Inteam berjudul Impian Kasih yang dilancarkan pada tahun 2001. Lagu ciptaan Munif Ahmad dari Kumpulan Hijjaz dan lirik oleh Abdul Kahar ini mengisahkan tentang serikandi sufi bernama Rabiatul Adawiyah.  

"Lagu ini sangat bermakna untuk dihayati lebih-lebih lagi dengan ketibaan Ramadan kerana ia menceritakan kisah perjalanan seorang hamba Allah iaitu serikandi yang mencari Tuhannya dan akhirnya hanya meletakkan cinta Allah di dalam hatinya mengatasi segala-galanya" jelas Hazamin menceritakan tentang maksud lagu ini. “Susunan muzik oleh Chaan kali ini lebih segar dan mengikut arus semasa namun tidak sesekali menghilangkan keaslian dan penghayatan asal lagu ini. Durasi lagu juga dipendekkan sedikit dengan sebahagian besar lagu dinyanyikan Khai Bahar dan sebahagian lagi oleh Inteam sendiri"  

Ujar Rahim Inteam menjelaskan mengenai kelainan yang cuba ditampilkan di dalam lagu Rabiatul Adawiyah versi 2024 ini. Apabila ditanya mengapa sering menghasilkan lagu lama nyanyian semula dan tidak lagu baru, Hisyam menjawab: “Sebenarnya sejak sebelum pandemik, kami telah menghasilkan lebih 10 lagu baru seperti Labbaikallah, Love of God, I Love Muhammad, Sollu Alan Nabi, Gapura, Selimut Kasih dan lain-lain, cuma sudah menjadi kebiasaan bagi kami menjelang Ramadan untuk menyanyikan semula lagu lama dan berduet dengan artis arus perdana. Ini kerana lagu-lagu lama ini ada unsur nostalgia dan kami cuba memperkenalkan semula lagu-lagu berkualiti terdahulu kepada generasi sekarang yang mungkin masih belum dilahirkan ketika lagu ini dilancarkan dahulu."

Lagu Rabiatul Adawiyah 2024 dilancarkan pada 8 Mac 2024 dan kini berada di seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, Apple music, Kkbox termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.

Nonton yuk :

https://youtu.be/OYRAyZh5pQc?si=Ts048Yk8N6ilWo88

Selasa, 20 Februari 2024

ARQ KUMPULAN ROCK ALTERNATIF MALAYSIA

 


ARQ KUMPULAN ROCK ALTERNATIF MALAYSIA 

Kumpulan rock alternatif Malaysia, ARQ (Azlan Ramli Quartet), merupakan sekumpulan pemuzik yang versatil, dipengaruhi unsur-unsur muzik new wave dengan lagu yang mudah dinyanyi bersama, riff yang menarik dan lirik yang penuh maksud tersirat. Dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan seperti The Police dan Inhaler, dan artis seperti Sam Fender, lagu-lagu mereka juga merangkumi intipati pelbagai genre lain seperti rock '90-an, blues, reggae, dan juga segelintir pop-punk dan jazz. 

ARQ amat cenderung dengan persembahan live yang penuh bertenaga, dan kumpulan ini sering beraksi di pentas-pentas gigs di merata tempat, malah berkesempatan menjayakan tur Malaysia dan Indonesia. ARQ ditubuhkan pada 2022 dan telah mengeluarkan beberapa single sejak itu.

Pada tahun 2023, mereka juga bekerjasama dengan Rexius Records untuk mengembangkan lagi muzik mereka ke merata dunia. 




DENGARKAN ARQ

https://drive.google.com/file/d/1VfmTQY3iLhtl8IFGeR4FEGp6IBDppC2y/view?pli=1 

DIDUKUNG RADIO WIDYASWARA STREAMING SURABAYA

https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara

 


 

Minggu, 18 Februari 2024

NAYLA RILIS LAGU SANDIWARAMU

  


NAYLA RILIS LAGU SANDIWARAMU 

Mula bernyanyi ketika berusia 5tahun.Nayla pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian terbuka yang melibatkan peserta-peserta dewasa. Nayla pernah memenangi beberapa pertandingan di daerahnya dan juga pernah mewakili sekolahnya dalam pertandingan nyanyian solo anjuran Kementerian Pendidikan Kota Tinggi. Bakat Nayla mula dikenali sejak salah satu video nyanyian Nayla viral di tiktok dan telah meraih hampir 1juta tontonan. 

Dengan menjadikan Damia sebagai inspirasi beliau, maka Nayla selalu menyanyikan semula koleksi-koleksi lagu Damia dan juga artis2 lama yang lain.Dengan kelebihanitu, maka terhasilah lagu Sandiwaramu hasil ciptaan Rizz Edisi & Zam Metelop yang mengambil masa cuma 1 hari untuk sesi rakaman suara. Nayla juga mempunyai kebolehan untuk menyanyikan lagu dangdut dengan baik. Nayla sangat meminati genre Pop, Balada & Dangdut. 

Lagu Sandiwaramu ini dirakam di K Seventh Studio, Kota Bharu Kelantan pada 16 Oktober 2023 dan untuk tonton muzik videonya di Chanel YouTube Label :

Muzik Dua Karya Official - https://m.youtube.com/c/DuaKaryaMusic

Facebook Label : https://www.facebook.com/muzikduakarya/

IG Label : https://instagram.com/muzikduakarya_official?utm_medium=copy_link

Website Label : www.muzikduakarya.com

Email Label : muzikduakarya2014@gmail.com

 

Nama Artis : Adik Nayla

Nama Facebook : Nayla Ruzzara

Nama IG : naylaofficial14

Nama TikTok : adiknayla14

Email Artis : myramustafa89@gmail.com

T.Lahir : 09/07/2014

Hobi : Menyanyi & Menari

Judul Lagu : SANDIWARAMU

Komposer: Rizz Edisi

Lirik: Zam meletop

Music Arrangment : Keyo

Label & Publishing : Muzik Dua Karya

 

DIDUKUNG RADIO WIDYASWARA STREAMING SURABAYA

https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara

 

 

 
Design by Widyaswara | Address : Jl. Kalidami viii/25 Surabaya - Telp.(031) 5926865, 081322430013 | Blogger Templates