Selasa, 20 Februari 2024

ARQ KUMPULAN ROCK ALTERNATIF MALAYSIA

 


ARQ KUMPULAN ROCK ALTERNATIF MALAYSIA 

Kumpulan rock alternatif Malaysia, ARQ (Azlan Ramli Quartet), merupakan sekumpulan pemuzik yang versatil, dipengaruhi unsur-unsur muzik new wave dengan lagu yang mudah dinyanyi bersama, riff yang menarik dan lirik yang penuh maksud tersirat. Dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan seperti The Police dan Inhaler, dan artis seperti Sam Fender, lagu-lagu mereka juga merangkumi intipati pelbagai genre lain seperti rock '90-an, blues, reggae, dan juga segelintir pop-punk dan jazz. 

ARQ amat cenderung dengan persembahan live yang penuh bertenaga, dan kumpulan ini sering beraksi di pentas-pentas gigs di merata tempat, malah berkesempatan menjayakan tur Malaysia dan Indonesia. ARQ ditubuhkan pada 2022 dan telah mengeluarkan beberapa single sejak itu.

Pada tahun 2023, mereka juga bekerjasama dengan Rexius Records untuk mengembangkan lagi muzik mereka ke merata dunia. 




DENGARKAN ARQ

https://drive.google.com/file/d/1VfmTQY3iLhtl8IFGeR4FEGp6IBDppC2y/view?pli=1 

DIDUKUNG RADIO WIDYASWARA STREAMING SURABAYA

https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara

 


 

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Widyaswara | Address : Jl. Kalidami viii/25 Surabaya - Telp.(031) 5926865, 081322430013 | Blogger Templates