KHAI
BAHAR RILIS LAGU “RABIATUL ADAWIYAH 2024”
Selepas
23 tahun lagu berjudul Rabiatul Adawiyah dipopularkan oleh kumpulan Inteam,
kini mereka memilih Khai Bahar untuk tampil bersama dalam pembikinan nyanyian
semula lagu ini dengan judul Rabiatul Adawiyah 2024 (RA24)
"Kami
pernah bekerjasama dengan Khai Bahar di dalam 'remake' lagu Setanggi Syurga
sebelum ini pada tahun 2020, dan kami melihat kerjasama tersebut sangat serasi
dan mendapat sambutan hangat dari peminat serta suara Khai juga sesuai dengan
lagu-lagu Inteam" Ujar Syah Inteam apabila ditanya kenapa memilih Khai
Bahar untuk berduet dalam lagu Rabiatul Adawiyah 2024.
Apabila
ditanya kepada Khai Bahar pula, mengapa beliau bersetuju berkolaborasi dengan
Inteam untuk lagu ini, beliau menjawab: “Saya memang meminati lagu-lagu Inteam
dan pernah menyanyikan lagu-lagu mereka secara 'cover' di media sosial. Lebih
istimewa lagi, lagu Rabiatul Adawiyah ini adalah di antara lagu yang sangat
disukai oleh arwah Ibu saya, dan pastinya ia menggamit nostalgia yg indah".
Untuk rekod, lagu Rabiatul Adawiyah pernah dimuatkan di dalam album Inteam
berjudul Impian Kasih yang dilancarkan pada tahun 2001. Lagu ciptaan Munif
Ahmad dari Kumpulan Hijjaz dan lirik oleh Abdul Kahar ini mengisahkan tentang
serikandi sufi bernama Rabiatul Adawiyah.
"Lagu
ini sangat bermakna untuk dihayati lebih-lebih lagi dengan ketibaan Ramadan
kerana ia menceritakan kisah perjalanan seorang hamba Allah iaitu serikandi
yang mencari Tuhannya dan akhirnya hanya meletakkan cinta Allah di dalam
hatinya mengatasi segala-galanya" jelas Hazamin menceritakan tentang
maksud lagu ini. “Susunan muzik oleh Chaan kali ini lebih segar dan mengikut
arus semasa namun tidak sesekali menghilangkan keaslian dan penghayatan asal
lagu ini. Durasi lagu juga dipendekkan sedikit dengan sebahagian besar lagu dinyanyikan
Khai Bahar dan sebahagian lagi oleh Inteam sendiri"
Ujar
Rahim Inteam menjelaskan mengenai kelainan yang cuba ditampilkan di dalam lagu
Rabiatul Adawiyah versi 2024 ini. Apabila ditanya mengapa sering menghasilkan
lagu lama nyanyian semula dan tidak lagu baru, Hisyam menjawab: “Sebenarnya
sejak sebelum pandemik, kami telah menghasilkan lebih 10 lagu baru seperti
Labbaikallah, Love of God, I Love Muhammad, Sollu Alan Nabi, Gapura, Selimut
Kasih dan lain-lain, cuma sudah menjadi kebiasaan bagi kami menjelang Ramadan
untuk menyanyikan semula lagu lama dan berduet dengan artis arus perdana. Ini
kerana lagu-lagu lama ini ada unsur nostalgia dan kami cuba memperkenalkan
semula lagu-lagu berkualiti terdahulu kepada generasi sekarang yang mungkin masih
belum dilahirkan ketika lagu ini dilancarkan dahulu."
Lagu
Rabiatul Adawiyah 2024 dilancarkan pada 8 Mac 2024 dan kini berada di seluruh
platform digital seperti Spotify, Deezer, Apple music, Kkbox termasuk rangkaian
Youtube Inteam Digital.
Nonton
yuk :
https://youtu.be/OYRAyZh5pQc?si=Ts048Yk8N6ilWo88
0 komentar:
Posting Komentar