Selasa, 19 Maret 2024

ART FAZIL RILIS DUA ALBUM “RAMADAN MOON” DAN “REMBULAN RAMADAN”

 


ART FAZIL RILIS DUA ALBUM “RAMADAN MOON” DAN “REMBULAN RAMADAN”

 

Artis: Art Fazil

Pemuzik: Art Fazil- Vokal, Gitar Akus$k,

Letrik dan Bass, Semua alat perkusi

Studio Rakaman: Studio 47, Singapura

Penerbit: Art Fazil dan Nizam Aziz

Rakam, Edit dan Mix: Nizam Aziz

(P) & (C) Nusantara World Music

Edaran Malaysia – Moro Records

Tarikh Pengeluaran: 8 Mac 2024 

Rembulan Ramadan dan Ramadan Moon adalah dua buah album muzik yang sama tetapi tidak serupa. Kedua-dua album ini mempunyai lapan buah lagu dan bertemakan bulan Ramadan. Perbezaan pada album-album ini cumalah dari segi bahasa. Rembulan Ramadan dirakam di dalam Bahasa Melayu manakala album Ramadan Moon adalah versi Bahasa Inggerisnya. Lagu-lagu di dalam album-album ini disusun untuk membawa pendengar melalui suatu perjalanan bulan Ramadan dengan lagu-lagu yang bersifatkan kerohanian. Diharapkan album ini akan menyemarakkan

lagi persada muzik spiritual, sebagai suatu juadah halwa telinga untuk meraikan bulan Ramadan sama ada di dalam bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Album versi Bahasa Inggeris, Ramadan Moon diharap dapat meraikan Ramadan kali ini bersama mereka yang $dak berbahasa Melayu, terutamanya di kalangan mualaf yang baru mahu mengenali Ramadan dan juga anak-anak yang sedang mempelajari tentang Ramadhan. 

Kedua-dua album yang berkonsepkan Ramadhan dan perjalanan Ramadan ini diakhiri dengan sebuah lagu berkenaan 1 Syawal di penghujungnya bagi melengkapkan pengalaman Ramadan. Selain itu, istimewanya projek ini adalah ia merupakan album muzik pertama Art Fazil yang dihasilkan secara solo. Kali ini Art Fazil telah bereksperimentasi dengan memainkan setiap peralatan muzik untuk

setiap lagu di dalam album-album ini seorang diri. Dari gitar akustik ke gitar elektrik, gitar bass dan kesemua alatan gendang dimainkan oleh Art Fazil sendiri.

 

Tidak berhenti di situ, Art Fazil turut mencabar kebolehan dirinya dengan mempelajari dan menggunakan AI (Artificial Intelligence) untuk menghasilkan video-video muzik bagi lagu-lagu di dalam album-

album ini. Lagu-lagu Rembulan Ramadan dan Ramadan Moon boleh di dapat di pelbagai

applikasi muzik atas talian. Ikuti akaun media sosial Art Fazil - Instagram, TIKTOK,

[19.09, 11/3/2024] mas ari tidar managemen: FACEBOOK DAN YouTube untuk video-video

muzik AI bersiri yang akan dikeluarkan sejurus sebelum dan di sepanjang bulan Ramadan 1445. 

Berikut adalah senarai lagu yang terkandung di dalam album Ramadan Moon dan Rembulan Ramadan:

Album - Ramadan Moon Song titles:

1. Ramadan Moon Sigh$ng

2. The Sahur Call

3. Hunger And Thirst

4. Ibar Time

5. Tarawih (Beau$fy Your Ramadan Nights)

6. Tahajud (The Night Prayer)

7. Laylatul Qadar (The Night of Power)

8. The First Day of Syawal

 

Album: Rembulan Ramadan

Song titles:

1. Bulan Sabit Di Kaki Langit

2. Seruan Sahur

3. Lapar Dan Dahaga

4. Ibar (Waktu Berbuka)

5. Terawih (Indahkan Malam Ramadan)

6. Tahajud (Waktu Berbisik-bisik)

7. Malam Seribu Bulan

8. Pada Satu Syawal

 

Didukung radio Widyaswara streaming Surabaya

https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara




0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Widyaswara | Address : Jl. Kalidami viii/25 Surabaya - Telp.(031) 5926865, 081322430013 | Blogger Templates