Selasa, 17 Juni 2025

“D’OtaiBoyz” BAND DARI SINGAPURA

 


“D’OtaiBoyz” ditubuhkan pada tahun 2007 dengan nama asal “The OtaiBoyz” dengan line up yang lama tetapi dapat bertahan dalam jangka masa yang singkat setahun sahaja pada ketika itu. Pada tahun 2021, band ini dapat diteruskan kembali sebagai rakaman mainstream band. Lalu nama band bertukar dari “The OtaiBoyz” ke “D’OtaiBoyz”.

Dengan nama “D’OtaiBoyz” ini melambangkan lagu-lagu malar segar (Otai/Old Timer) yang berentak berbagai genre Power Metal, Heavy Metal, Rock Kapak, Pop, Bossanova & Balada. Perkataan “Boyz” disebabkan kebetulan juga nama vocalist utama D’OtaiBoyz ialah “Boy Botak”. Kami D’OtaiBoyz telah keluarkan dua single iaitu Permata Ku (pada tahun 2021) & Erna Helina (pada tahun 2024).

 

Anggota-Anggota Dalam Band:

1) Isham a.k.a Boy Botak – sebagai vokalis utama dari kumpulan Alter Ego & Sapphire Band.

2) Nazry – sebagai gitaris pertama dari kumpulan Manifest & Prologue.

3) Zulkifli Kader a.k.a Dzoul – sebagai gitaris kedua dari kumpulan Manifest, Alter Ego & bekas gitaris utama Life Petal.

4) Khairani a.k.a Khai – sebagai pemain bass guitar dari kumpulan Voz Mangement Band, Flashback Friday & Episodic.

5) Fadly a.k.a Lee – sebagai pemain drum dari kumpulan 7 Pound Veins & Life Petal.

6) Luqman a.k.a Man – sebagai pemain keyboard dari kumpulan Life Petal dan pemain asal band D’OtaiBoyz. 

Sinopsis “Erna Helina”

Single kedua D’OtaiBoyz yang bertajuk “Erna Helina” dengan berentak lebih kepada Bossanova & Santana (Mexico Style). Sinopsis untuk lagu ini mengisahkan jika perhatikan lirik dari mula hingga habis terjadinya ERNA HELINA pada setiap huruf awal rangkap ayat lalu dikumpulan. Erna Helina adalah isterinya vocalist utama D’OtaiBoyz mengisahkan percintaan yang hakik dan masih kekal. Pahit & manis tetap mereka bersama. Dan kini sudah ada dua cahaya mata.  

Media Interview

Singapura:

1) Berita Harian Singapura (Akhbar)

2) Radio Ria 897fm Mediacorp

3) Ryzal Aziz Podcast

 

Malaysia:

1) Harian Metro (Akhbar)

2) URTV (Online)

3) Utusan Malaysia (Akhbar)

4) Music Addicts Malaysia (Online)

5) Radio Manis Fm (Pantai Timur)

6) Radio Putra 907fm

7) Radio KLfm (RTM)

8) Radio Sabahfm (RTM)

9) Radio Johorfm (RTM)

10) The Mediator, Media Variasi MY, Media Harian MY, Kelkatu TV & Ewana TV

Indonesia:

1) Radio Komunitas Pass Fm Bandung

2) Raka Radioo Streaming  


Persembahan-persembahan

Singapura:

1) The Bunker SG

2) Projek Jiwa 21’ In Aid Of Nuradee

3) Podcast Ryzal Aziz

4) Hari Raya Celebrations – Thomson Shunfu Residents Committee

5) Geylang Serai Extravaganza – Wisma Geylang Serai

6) Dalam Kenangan anjuran I.J Entertainment – 46 Enterprise Industrial Building (Geylang Lor 17)

 

Malaysia:

1) Rentap 7 (Singapura & Malaysia) di I-Cafe (Selangor)

2) Karnival Jualan Usahawan (Teluk Intan)

3) Rising Fest 7 anjuran Atas Angin di Be KL (Cheras)

 

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Widyaswara | Address : Jl. Kalidami viii/25 Surabaya - Telp.(031) 5926865, 081322430013 | Blogger Templates