Senin, 15 Agustus 2022

MENGENAL RAS BAND DARI MALAYSIA

 


MENGENAL RAS BAND DARI MALAYSIA

 

Ras adalah sebuah kumpulan muzik yang ditubuhkan pada tahun 2003 . Perkataan Ras

diambil dari kamus, bermaksud rumpun atau bangsa. Kumpulan muzik ini berasal dari

Kuantan Pahang. Kumpulan ini dianggotai oleh 5 pemuzik Melayu yang berkebolehan

bermain alat muzik dan menyanyi dengan baik. Mereka ialah Acong (vocalist), Budi

(bassist), Yus (drummer), Manaf (keyboardist) dan Helmi (Gitaris).

 

Ras mempunyai pengalaman luas membuat persembahan di Pantai Timur. Kumpulan ini

menyertai pelbagai pertandingan dan persembahan sepanjang penglibatan sebagai rock

band. Ia mula mencipta nama setelah menyertai Yamaha Asian Beat, Rentak Juara RTM,

Battle Of The Band.

 

Bagi melebarkan sayap dalam industri muzik, Ras tidak melepaskan peluang menyertai

pelbagai pertandingan lain seperti pertandingan muzik sempena Sambutan Hari

Kemerdekaan di negeri Pahang dan serta beberapa pertandingan skala kecil yang lain.

Kumpulan Ras yang mula di terima ramai telah membuka mata banyak pihak dan Ras

mula menerima jemputan untuk membuat persembahan di kelab-kelab sekitar Kuantan.

Pada tahun 2008, Kumpulan RAS telah pun mengeluarkan dan merakamkan album “Ras

Made in Kuantan” dengan mempertaruhkan lagu Rock Ballad, bertajuk “ Nyata Terpisah“ dan juga lagu Fast bertajuk “123 Cinta”. Kesemua lagu yang termuat dalam album adalah ciptaan mereka sendiri.

 

Berikut ialah lagu-lagu yang telah dihasilkan oleh kumpulan Ras:

1. Kompas Hidup

2. Republik Jiwa

3. 123 Cinta

4. Boneka

5. Adam dan Hawa

6. Apakah Terjadi

7. Nyata Terpisah

8. Tekad Sang Muda

 

OBJEKTIF & SASARAN

Kumpulan RAS berhasrat untuk membawa muzik mereka ke arus Perdana setelah sekian

lama hanya bermain muzik di peringkat tempatan sahaja. Mereka telah menggunakan

platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Youtube untuk menyebarluas

tentang kewujudan mereka dalam industri muzik.

 

PENGHASILAN LAGU TERBAHARU (SINGLE PERTAMA)

1. Pada tahun 2020, kumpulan RAS bergabung semula untuk menghasilkan satu

    single terbaharu yang dijangka dapat memberi impak kepada industri muzik tanah

    air . Projek 2020 ini juga diharapkan mampu menyediakan pilihan kepada

    pendengar tentang muzik yang dibawakan oleh mereka.

2. Bagi merealisasikan impian ini, RAS telah telah berkolabarasi dengan pemain

    gitar terkemuka Malaysia, Man Keedal dalam Single pertama yang bertajuk

    “Salam Qaseh”. Lagu berentak slow rock ini dicipta oleh saudara Syed Amran Al

    Yahya , dan liriknya adalah hasil nukilan Saudara Zainal Rashid Ahmad. Lagu

    featuring lagenda gitar tanahair ini di harapkan mampu mendapat sambutan hangat

    pendengar, khasnya generasi muda. Single Salam Kasih telah mula dimuat naik ke

     platform media sosial you tube,

3. Muzik Video Official berjaya dihasilkan dan telah dimuat naik ke platform media

    sosial YOUTUBE.

 

PENGHASILAN LAGU TERBAHARU (SINGLE KEDUA)

1. Untuk tahun 2022, kumpulan Ras sekali lagi mengeluarkan single terbaharu iaitu

    single ke 2, berjudul “Doa Maryam”

2. Lagu dan lirik ini adalah ciptaan Saudara Bijan, serta penerbit adalah Rizal Van

    Houten.

3. Lagu terbaharu ini adalah berunsurkan ketuhanan, iaitu berkisarkan tentang jihad

    bumi Palestin.

4. Lirik Video Official juga telah di telah dimuat naik ke platform media sosial

 

YOUTUBE.

https://www.youtube.com/channel/UCw-yLdYaezSpaGgmy43MPLA

 

0 komentar:

Posting Komentar

 
Design by Widyaswara | Address : Jl. Kalidami viii/25 Surabaya - Telp.(031) 5926865, 081322430013 | Blogger Templates