STRATEGI HAKEKAT BAND DARI MALAYSIA RILIS ALBUM BINASA BADAN
MESKIPUN negara masih berada dalam pandemik Covid-19, tidak
bermakna semua usaha penggiat seni terbantut begitu saja. Bahkan ramai yang
melahirkan rasa syukur kerana kesempatan ini dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka
apabila dapat melahirkan idea bagi penghasilan karya terbaharu. Tidak
ketinggalan turut berbuat demikian ialah lima sahabat yang bersatu menubuhkan
Hakikat Band dan mula mengasaskan kumpulan itu sejak 2017.
Hakikat Band dibarisi pemuzik berpengalaman iaitu Rosly (vokal),
Faizal (gitar), Wujang (gitar), Matsyah (bass) dan Zam (drum) yang kini mampu
menarik nafas lega apabila tampil dengan album sulung berjudul Binasa Badan. "Kami
bersyukur album ini berjaya juga dihasilkan walaupun terpaksa menempuh pelbagai
onak dan duri ketika penghasilannya. "Dalam album ini, kami tampil dengan
genre muzik heavy metal, manakala nama Hakikat pula terinspirasi daripada album
May berjudul Hakikat di mana kami selalu memainkan lagu May ketika 'jamming'
dan membuat persembahan. "Minat mendalam terhadap kumpulan 'otai' May itu
sendiri membuatkan kami memilih Hakikat sebagai nama kumpulan," kata
Faizal.
Menurutnya, mereka pernah mengeluarkan single pertama berjudul
Kedamaian pada 2018 yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat. "Ia
membakar semangat kami seterusnya mendorong untuk bekerja lebih keras lagi bagi
menghasilkan album penuh. "Akhirnya kami berjaya menyiapkan album Binasa
Badan yang menjalani proses rakaman di studio FGI Production dengan Fauzi
Aisunam yang bertindak sebagai penerbit. "Album Binasa Badan adalah
strategi awal kami untuk memikat hati pendengar serta peminat muzik heavy metal
tempatan," katanya. Lagu dalam album Binasa Badan semuanya adalah hasil
idea dan ciptaan anggota Hakikat Band berserta rakan-rakan mereka.
"Hampir semua lagu ini berkisarkan mengenai kehidupan,
jasmani dan rohani. Lebih sinonim, ia juga digarap menjadi lagu untuk
diteladani dan dirungkai secara positif. "Album ini dikeluarkan dalam
format 'digipack' selaras dengan cita rasa peminat yang sukakan bentuk fizikal
yang boleh dikategorikan cukup menarik berbanding 'jewel case'," katanya
lagi. Abum terbitan Mentari Merah, organisasi yang aktif menganjurkan
pertunjukan pentas sekitar Ipoh dan Kuala Lumpur ini mula berada di pasaran
sejak November lalu. Selain album, Hakikat Band turut mengeluarkan produk lain
seperti kemeja-T, pelekat dan 'button badge'.
Peminat juga boleh melayari YouTube Hakikat Official dan FGI
Production untuk menikmati lagu mereka. Selain itu, peminat boleh mendengar
lagu kumpulan ini di platform digital terkenal seperti Spotify, Joox, Denzer
dan KKBOX. Sebanyak enam lagu dimuatkan yaitu Binasa Badan, Muka Poster,
Hitunglah, Pesanan Ku, Kedamaian dan Redha Mulia ini boleh diperoleh peminat
dengan harga RM30, manakala baju Hakikat, RM60. Justeru, untuk maklumat lanjut
mengenai Hakikat boleh melayari platform Facebook Mentari Merah II.
Didukung Radio Widyaswara streaming Surabaya
https://a1.siar.us/public/radiowidyaswara
0 komentar:
Posting Komentar