OVERLOAD, BAND DARI SINGAPORE MERAMAIKAN MUSIK INDONESIA
Kumpulan OVERLOAD
bermula di sebuah
Jamming Studio di Bussorah Street,
Singapura pada awal tahun
2011. Bermula dengan jamming suka-suka,
akhirnya mendapat tawaran membuat persembahan di konsert-konsert amal (charity). Waktu itu, OVERLOAD menggunakan nama X-LIMITZ. X-LIMITZ banyak mendapat
tawaran persembahan di gig dan akhir
nya bertambah committed (serious).
Oleh kerana nama itu dirasakan kurang sesuai, nama kumpulan di tukar menjadi OVERLOAD.
Nama OVERLOAD di berikan oleh Saudara Roslan
(Pengasas/ Lead Guitarist). Saudara
Roslan bertugas di syarikat Elevator (Lift)
dan di situ lah beliau mendapat idea untuk menggunakan OVERLOAD sebagai nama kumpulan nya.. Pada mula nya, OVERLOAD
di anggotai oleh 4 pemuzik, yang masing-masing mempunyai pengalaman bersama
kugiran-kugiran lain. Anggota-anggota
asal adalah: Roslan Hamid (Pengasas/ Lead Guitar), Jumali Johari (Bass), Ahmed (Drum) dan Aszmi (Vox)
Kumpulan OVERLOAD banyak
mempersembahkan lagu-lagu dari genre Rock, Classic Rock, Heavy Metal Rock dan
juga lagu-lagu popular dari kugiran-kugiran rock tahun 80’an dan 90’an OVERLOAD
banyak mendapat undangan
di majlis-majlis saperti
Walimatul, gig di kelab
(Club) dan konsert di
serata Singapura dan Malaysia sejak tahun 2011.
Pada tahun 2016, Saudara Amran Ahmad, menyertai kumpulan OVERLOAD sebagai Keyboardist
Pada tahun yang sama
OVERLOAD menyertai satu pertandingan
di kelab anjuran Mana Mana Entertainment,
Lead Guitarist, Saudara Roslan
mendapat anugerah BEST GUITARIST. Pada akhir tahun 2016, pemain drum, Saudara
Ahmed mengundurkan diri atas sebab-sebab peribadi. OVERLOAD memulakan misi mencari ‘drummer’
baru dan akhirnya mendapat khidmat Saudara Shamsul Bahri (Acu) iaitu bekas
drummer dari kumpulan JUSTICE. Pada awal 2017, penyanyi utama OVERLOAD, Saudara Aszmi pula mengundurkan diri atas sebab-sebab kesihatan. Saudara Aidil Syahril
Ramadhan (Edy), mengambil tempat sebagai penyanyi utama (vox) hingga kini
Pada tahun 2017 juga, bersama
anggota-anggota baru, OVERLOAD menyertai satu pertandingan di Kelab
Teratai, Saudara Roslan mendapat anugerah BEST GUITARIST buat kali kedua.
Pada pertengahan tahun
2018, Sdr Jumali
Johari mengundurkan diri sebagai bassist
atas sebab2 peribadi. Sejak itu kami menggunakan
pemain bass sambilan sehingga akhir tahun 2018
Pada akhir 2018,
Sdr Zaidi Dahlan menjadi anggota terbaru dan mengambil tempat sebagai Bassist. OVERLOAD
: Anggota-anggota terkini OVERLOAD terdiri
daripada: Roslan Hamid (Roslan), (Pengasas/ Lead Guitar), Zaidi Dahlan (Amy), (Bass),
Amran Ahmad (Amran, (Keyboard) , Shamsul
Bahri Mohd Said (Acu), (Drum), Aidil Syahril Ramadhan
(Edy) Vox)
Didukung Radio Widyaswara Streaming Surabaya
https://onlineradiobox.com/id/widyaswara/?cs=id.widyaswara&played=1&lang=en
0 komentar:
Posting Komentar